Wednesday, July 28, 2010

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum w.b.k, 22 July lepas besday puteri bongsu as yg ke 6thn..Happy Birthday Nur Aisyah Najwa, moga sihat walafiat, sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t dan membesar bagai Johan didunia dan diakhirat.. Amin...terima kasih kepada yg memberikan ucapan buat Aisyah.

Disebabkan Aisyah suka sgt makan Carrot, tak kira la, makan mentah2 ke minum Jusnya ke atau dibuat salad. Kali ni as buatkan kek istimewa buat Aisyah iaitu Heavently Carrot Cake. Walau x santek mana, rupa comot segala..tapi nampaknya Aisyah Happy sgt2.. Alhamdulillah.. terima kasih buat CMG yg kongsikan rcpnya..mmng heavent la Mat..ngetopp!! Cream Cheese tu mmng ngam sgt dgn Carrot Cake tu dgn kerangupan walnut, lemak2 kelapa dan nenas tu ..arghhh...x tau nak ckp la..menurut Mat rcp asal dari JunCupcake terima kasih to both of you..



HEAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

3 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam As sekeluarga.....
Happy Belated Birthday buar Nur Aishah Najwa...moga terus membesar menjadi anak yang berbudi pekerti mulia......& berjaya dalam hidup dunia & akhirat!

DrSam said...

Salam. Happy belated birthday to Nur Aishah Najwa yang comel tu. the carrot cake heavenly so tempting.

transformed housewife said...

cantik je kek utk Aisyah tu. Happy Belated bday utk Aisyah. Sorryla lama tak menjenguk ke sini.