Saturday, July 24, 2010

Kuih Lapis Kacang Hijau

Salam Jumaat beren3 ditengah malam.. Kuih Lapis ini antara hidangan berbuka puasa dah bnyk kali gak buat.. Sedap2..cuma kureng cun potong tu sbb potong tgh hangat2 sbb nak hidang utk berbuka. Aritu nampak Yatie buat duk perap2 dlm tempayan, rcp asal dari Kak Hanieliza tq ya Kak Liza..



Bahan A
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
Bahan C
  • 1/2 cawan air
Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

No comments: