Saturday, July 24, 2010

Nasi Carrot & Daging Goreng

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera,

Arini kan... malasnya nak masak..boleh gitu??? Menu 3 S.. Senang, Sedap, Simple.. cuba bayangkan..makan daging ni..dgn nasi putih panas2..o...tidak!!! kalau dah makan ngan Nasi Putih pun sgt sedap, apatah lagi layan ngan Nasi Carrot nih..menu ni selalu sgt di"rewind"kan jika tahap kemalasan melanda.. Kalau rasa2 nak cuba, rcp ada kat sini..

Daging Goreng Garam Kunyit
  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang

Cara-cara

  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
  6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
  7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis
  8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap
Nasi Carrot lak rcp kat sini

2 comments:

Jiya said...

nak daging semangkukkkk!!

MAS ( DUNIAKU ) said...

kak as, mas pun nak semangkuk...nampak sedap la....