Thursday, December 11, 2008

Suami..camner nak energize para isteri..baca ni..

Assalamualaikum w.b.k


Entri ni As ambil dari hasil tulisan Sifu Mirza.
Buat renungan bersama. Apa salahnya kan berkongsi sesuatu yg bermanfaat..

Apa yang saya nak tulis ni lebih kepada ditujukan kepada para husband, laki, suami, 'abang',
'ayang', papa, abah dsbnya...
memandangkan ada suami isteri yang sedang atau akan bercuti bersama-sama anak-anak sempena cuti sekolah ni....maka ambillah peluang bercuti ni utk 'unwind', 're-charge', 'energize' dan sebagainya diri, isteri & anak-anak...
bagaimana nak energize para isteri kita?...mmm... takkan tak tahu kut...takkan kekok kut... takkan malu kut....
jgnlah bagi banyak alasan... kerana alasan itu hanya permainan 'syaitan' yang memang tidak mahu melihat pasangan suami isteri bahagia...
then lets give our wife what's due.....saya hanya mengariskan 7 perkara utama utk para suami 'digest' dan semestinya laksanakan....

1. unconditional love / kasih sayang tanpa syarat -
menyayangi isteri dengan sepenuhnya; 24jam sehari, 7hari seminggu dan 365hari setahun... setiap detik setiap masa.... dan percayalah kasih sayang adalah satu anugerah malah ianya 'energy' yang sangat laju serta bergetar dengan kadar kelajuan tinggi... maka dengan pen'curahan' unconditional love' pada isteri...sudah pasti kebahagiaan akan muncul dan menyeliputi ikatan yang abadi.


2. 360 degree understanding -
memahami 4 elemen diri isteri dengan baik: mental, emosional, spiritual dan fizikal.
memahami tahap pemikiran isteri yang sudah semestinya tidak sama dengan pemikiran kita, maka berilah sedikit 'ruang' pada isteri utk 'catch-up' daya pemikiran kita..dan jgn sesekali 'upset' jika tak dapat catch-up..kerana kekurangan itulah yang sepatutnya kita isi.memahami 'fluctuation' emosi isteri yang sentiasa tidak se'stabil' suami dan turun naiknya kadangkala 'sukar' dijangka maka....'julat' atau ruang antara emosi tinggi dan rendah itu hendaklah difahami dan jangan dibuat tak endah kerana masa tersebut boleh dikira kritikal dalam rumahtangga. dan sebagai suami perlulah mengisi masa tersebut dengan kesabaran tahap tertinggi dan 'kunci mulut' tetapi buka telinga agar isteri boleh stabil semula dengan kadar cepat.spiritual atau semangat dalaman isteri selalunya berkait rapat dengan emosinya. maka suami perlu terus memberi kata-kata peransang dan semangat untuk isteri agar dirinya sentiasa fokus dan tenang dan ini boleh menaikkan semangat isteri untuk terus menyokong dan mendorong kejayaan suami.fizikal atau tubuh badan perlulah senantiasa sihat - suami perlu peka dengan kadar perubahan diri isteri dan memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan sihat. adakalanya para isteri menyembunyikan masalah yang dihadapi maka, janganlah ambil lewa dan membiarkan isteri menanggung sendiri masalah kesihatan.


3. tolerance - bersikap tolak ansur
setiap pasangan wajib 'tergigit lidahnya'. maka perlu diingat dengan meletakkan objektif 'bersama bahagia' sebagai sasaran dalam mengharungi setiap permasalahan maka sudah pasti masa yang diambil akan singkat dan masalah akan segera selesai. para suami perlulah 'lebih' bersedia menerima dan mendigest dahulu setiap saranan isteri dan bukannya terus 'mencantas' setiap buah pikiran kerana isteri juga adalah sebahagiaan dari entiti bahagia kehidupan kita.

4. shoulder to cry on
menjadi tempat 'awal & akhir' isteri mengadu sebarang permasalahan.jadikanlah diri sebagai 'satu-satunya' tempat bergantung isteri selain Tuhan.dengan cara ini, isteri tidak memerlukan sesiapa lagi selain sang suami yang benar-benar memahami dirinya. jika suami gagal untuk menjadi 'shoulder to cry on' isteri, jangan terperanjat atau marah jika isteri mencari 'shoulder' lain sebagai jalan keluar untuk meluahkan isi hati.

5. great coach -menjadi guru yang hebat buat para isteri
-guru yang terbaik ialah guru yang mengajar dan dalam masa yang sama belajar dari muridnya & sudah tentu menjadi motivator & kaunselor.

6. great leader
-menjadi pemimpin yang mampu dan berupaya membawa isteri dan anak-anak cemerlang dalam kehidupan. Setiap langkah dan keputusan yang diambil akan memberi menafaat kepada diri, isteri & anak-anak - keluarga @ team.

7. great fighter
- pejuang yang hebat.jadilah seorang pejuang yang tidak mudah mengaku kalah dalam perjuangan hidup ini dan terus berusaha dan percaya bahawa isteri adalah pendorong utama dalam perjuangan...tiada yang mustahil...kecuali kita hanya beralasan dan terus beralasan.moga para isteri kita mendapat kembali 'whats due....' dan mengecapi kembali makna kebahagiaan dalam berumahtangga bersama sang suami tercinta...

6 comments:

Papa-Itam said...

terima kasih kerana info begini...moga istana yang terbina bertambah kuat hendaknya ...amin...

yani_worldpeace said...

bagus la info gini..nak send kat hubby tru email la ni...nnt i give kredits to you..thanks for sharing

~*as*~ said...

sama-sama Umie..terima kasih buat Sifu Mirza juga kerana beri keizinan berkongsi sama..semoga Umie & papa sentiasa berbahagia selalu! bersama puter & puteri yg comei lote tu!

~*as*~ said...

Thanks yani..berkenal2 lah ngan Sifu Mirza yg rajin berkongsi ilmunya di sifumirza.blogspot.com
As memang suka baca ape yg di tulisnya..dlm ikatan rumahtangga ni sometime perlu di "refreshkan" ^.^

SRISUFI said...

akak..akak...akak....sri tak tau apa nak jadi dah....

~*as*~ said...

Sri..Sri..Sri..ape dah jadi..harap x jadi ape2 ya..camner nak ctc Sri nih.. (gabra jap!) open YM..x online plk..ok2 SMS..hope Sri dpt SMS akak..