Monday, January 5, 2009

Tentang kawan..sahabat

Assalamualaikum w.b.k

Kawan .. sahabat... ape beza?? dari segi ejaan aje dah berbeza apa lagi peranannya.. KAWAN kalau tukarkan huruf K..kpd L..dalm satu masa pun boleh jadi lain ..tapi kdg2 kawan boleh menjadi sahabat tanpa disedari.. masa sekolah dulu as pernah dengar luahan hati seorang rakan sekelas..kawan lebih baik dari keluarga sendiri... emmm... masing2 dengan pengalaman hidup masing2..

Sahabat plk.. susahnya nak jumpa?? kalau bagi kertas utk disenaraikan nama kawan2.. pasti x cukup kertas tapi kalau sahabat?? bagi 1 kertas pun x abis tulis lagi...

hurmm...kenapa As tetiba buat entri pasal kawan & sahabat ni?? selalu selit2 pasal menu.. dah x masak ke??? eh..masak..hari2 masak.. sebenarnya bukan ape..

baru je lepas dengar lagu hijjaz… bagusnya lagu2 nasyid ni kalau dengar & hayati maksudnya memang rasa terkesan.. emm.. as ni memang admire betul ngan vokal Brother Munif Ahmad tu.. Satu2nya anugerah Allah buat beliau dan vokalis2 nasyid yang lainnya..

"Dunia Sepi" liriknya ada menyebut seperti ini..

"alangkah susah mencari kawan, bukan kenalan di zaman ini.. bermula dari hati yg rosak.. kerana dunia memautnya"
"alangkah susah mencari kawan kebaikan kita disoroknya, bahkan didengkinya pula, kejahatan dicanang merata, salah yang sikit dibesarkan, yang besar apatah lagi, alangkah sepi dunia ini, walaupun hidup ditengah ramai"… menarik kan?…

memanglah menarik sebab itulah realiti yang berlaku… betul jugak apa yang tersebut di dalam lirik tu…
kadang2 kita ni mengaku sebagai seorang sahabat…maksud as bukanlah sahabat yang rapat tetapi sahabat yang biasa… tapi di waktu lain kita menikam sahabat kita tu di belakang… astagfirullahalazim... jauhkan lah..rasanya sekarang ni yang menyerang dari depan pon ade… cuma ianya berbentuk ‘transparent’… ini dah tak boleh nak disebut sahabat lagi…tak tau la nak dipanggil apa lagi… tak perlulah kita nak mencari kesalahan orang lain… yang penting adakah kita ini benar2 adalah sahabat yang baik?… dan jika pun kita mengetahui keburukan seseorang alangkah baiknya jika ia disembunyikan dari pengetahuan yang lain… dan jika kita benar2 seorang sahabat yang baik, kita perlulah melayan sahabat kita itu seperti saudara kita sendiri… jika dia ditimpa kesusahan, ringankan lah bebannya..jika dia perlukan bantuan maka bantulah semampunya jika dia bersedih, maka dengarlah keluhan hatinya…
tahun baru azam baru jangan biarkan perasaan ego menguasai akal&diri kita…

Betul lah pepatah ada mengatakan buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali..kdg2 bukan ape.. buat baik pun salah.. keikhlasan kita disalah anggap.. ketulusan disalah guna... tapi alhamdulillah x lah semua manusia begini.. hanya segilintir sahaja.. TAPI Sifu pesan.. yg segelintir tu yg harus waspada .. sekadar muhasabah diri.. sesungguhnya kita sebagai manusia ni x sempurna.. x mampu nak memuaskan hati setiap orang..

sekian wassalam… wallahuaalam..

:: as selitkan komen sRi SuFi dlm entri ini..terimakasih sRi kerana sudi jadi teman muhasabah diri.. suka dengan komen2 sRi..

salam akak...sri memang sgt suka bicara soal ni...seringkali kita terleka dan terlalai untuk menjaga kata-kata kita. Tanpa kita sedar, umpatan, ejekan dan gurauan yang melampau menjadi penghias mulut kita. Akhirnya, tanpa kita sedar jua, ada hati-hati yang tersinggung dek kata-kata yang berlebihan ini. Maka akan adalah penyakit-penyakit hati yang bakal menyinggah seperti hasad, prasangka buruk dan lain2 lagi. Sesungguhnya, setiap dari kita ini punyai kelemahan dan kelebihan sendiri. Begitu jua sahabat-sahabat kita. Suluhlah peribadi sendiri. Dan sesungguhnya dengan kehadiran temanlah kita akan menjadi satu gagasan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, ringankanlah ungkapan maaf di hujung pertemuan kita dengan sabahat-sahabat kita. Moga, ukhuwah ini terus terpelihara dalam rahmatNya.

6 comments:

SRISUFI said...

salam akak...
sri memang sgt suka bicara soal ni...

seringkali kita terleka dan terlalai untuk menjaga kata-kata kita. Tanpa kita sedar, umpatan, ejekan dan gurauan yang melampau menjadi penghias mulut kita. Akhirnya, tanpa kita sedar jua, ada hati-hati yang tersinggung dek kata-kata yang berlebihan ini. Maka akan adalah penyakit-penyakit hati yang bakal menyinggah seperti hasad, prasangka buruk dan lain2 lagi. Sesungguhnya, setiap dari kita ini punyai kelemahan dan kelebihan sendiri. Begitu jua sahabat-sahabat kita. Suluhlah peribadi sendiri. Dan sesungguhnya dengan kehadiran temanlah kita akan menjadi satu gagasan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Maka, ringankanlah ungkapan maaf di hujung pertemuan kita dengan sabahat-sahabat kita. Moga, ukhuwah ini terus terpelihara dalam rahmatNya.


salam sayang dr sri

Sifu Mirza said...

As...

kita perlu ada kawan..
kita perlu punya sahabat..

'ada' tu maksudnya ada ok takda pun ok...

'punya' tu maksudnya keperluan utk memiliki sahabat walaupun seorang...

kerana sahabat adalah cahaya di hati yang terus menyinari hidup kita tanpa mengenal masa dan ketika..

:-)

AiE bAhRi said...

Kak,
mmg susah kan nak jaga hubungan sesama manusia..

Sahabat, kawan, teman..
semuanya adalah berbeza.

~*as*~ said...

sRi..terima kasih kerana sudi menjadi teman muhasabah diri..

~*as*~ said...

Salam SiFu..
Bertuah rasanya dapat mengenali Sifu.. betul kata2 sifu tu..

yg penting kedua2 belah pihak harus tau mainkan peranan masing2..

alhamdulillah walau as jauh..masih ada sahabat yg menghubungi & merindui..

entah kenapa tiba2 saja nak bukak topik ni..

yg paling diharapkan semoga sahabat sejati yg seorg ni.. sanggup sehidup semati & setia.. doakan ya sifu..

~*as*~ said...

Salam aie..
Bukan hubungan dgn sahabat, kawan, rakan dan teman je yg harus dijaga aie..
Bnyk lagi hati2 yg perlu dijaga..
Ibu bapa,mertua,ipar duai,jiran,Bos,Org atasan,bawahan.. mcm2 lagi lah..
Ha... yg itu..dah masuk bab lain lah..he..he..
Senang cakap hubungan sesama manusia..
Terima kasih aie kerana memberi komen..