Friday, May 29, 2009

Tauhu Sumbat, Rojak Tauhu & Bun Coklat rcp dari Jepun

Assalamualaikumw.b.k,
Selamat Pagi Jumaat yg ceria dan penuh keberkatan.. ni menu smlm sebenonya.. lama dah nak makan rojak tauhu & tauhu sumbat.. selalu makan ngan kuah kacang..tetiba dak hana, makyung dari Kanazawa Jepun tu post lak resipi ni kat sini.. ape lagik..x kira la tauhu tu mahai.. beli la jugak dah teringin punya pasal..kalau kat msia singgit dah dapat bnyk keping.. ni 2 keping je dah NZD 5.. he..he.. nak wat camner kan.. nanti la belajo2 wat tahu sendirikk.. ntah ape la rasanya kalau as buat sendiri.. Mekasih ya Ina.. sedap sgt..kena sgt ngan tekak kami yg kuat pedas ni..tapi akak x celur togey tu..anak2 suke yg fresh2..derang ni antu sayo..kerpas kerpus gitusss!! akak copy paste ya rcpnya kat sini..sayang Ina! muahhh!!! tapi suke2 akak ejas2 sket.. letak belacan sket.. dan utk kuah rojak tu pun sama akak tambah petis sket.. as potong kecil2 tauhu tu dan goreng garing2..teringat plk tahu bakar kat JB tu.. hu..hu..

beberapa keping tauhu
timun - potong halus cam btg mancis
carrot - potong halus n celur
taugeh - celur
UNTUK SAMBAL
1 mangkuk kecil cili padi - ikut tahap kepedasan masing2 la yer!
2-3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 cawan kicap manis Jalen@kicap apa2 la (as guna kipas udang-lps makan kita bekipas!!)
kacang tanah tumbuk
Cara-cara
Potong tauhu segitiga. goreng hingga kekuningan dan angkat.
Belah bahagian tengah. dan sumbatkan ngan timun,carrot dan juga taugeh. ketepikan.
Untuk Sambal - blend cili padi, bwg putih, gula dan juga kicap. jika perlu tmbhkan air masak sedikit
Masukkan ke dalam mangkuk. dan campurkan ngan kacang tanah. Gaul.
Curah ke atas tauhu yg siap dsumbat tadi. siap utk dmakan!


Smlm Ros aka onigiri post rcp bun lagi kat MyR..nak try la jugak.. memula x confident nak buat takut x menjadi.. tapi anak2 mmng suke bun coklat ni.. alhamdulillah..gebu sungguh dalamnya tu.. terubat rindu anak2 nak makan bun coklat gardenia cam kat msia tu..as guna nutella utk inti yg bun yg bulat tu dan whipping cream utk yg pnj2 tu...pastu tabur mcm2 atas tu..mekasih ya ros..akak copy paste rcp kat sini..minta halal.. sayang ros! muahhhh!!


Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.
Cara-cara
Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

2 comments:

♥Fitnunnisak♥ said...

besnye....

TE-ARE |MOND|™ said...

sedapnya nampak tauhu sumbat tu...yummy!! then, ternampak lak chocolate bun tu... *tetiba jd lapar... ;)