Thursday, November 12, 2009

Kerabu Tomato & Lemak Cili Api Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.k,
Ber en3 diptg Khamis yg indah, anak2 tgh rileks2 sambil minum ptg, ibu sempat berpoya2 di depan PC.. hee..he Lauk sempoi lunch td, memula x tau nak masak ape, tinjau2 dlm peti besi jumpa plk Ikan Masin Mullet. Beli dgn Kak Hanim ramadhan lalu, bila lama2 perap dlm freezer terasa sket masinnya.. Buat separuh je, sbb ikannya besau.. Pandai Kak Nim buat Ikan Masin tu....mcm sedap je kalau buat Lemak Cili Api letak nenas.. layan plk ngan Kerabu Tomato dik Ina ni.. anak2 makan x noleh2.. kemain sedap lagi.. kerabu tomato ni mmng best ler... mcm ina kata senang, sedap,cepat.. Minta Ijin ya Ina Copy Kat MyR paste kat sini yerrr..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...
Lemak Cili Api Ikan Masin ni sajer je x letak kunyin sbb nak biokan putih je.. memang kena betul layan ngan kerabu tomato tu..mabeles..



Lemak Cili Api Ikan Masin

Beberapa Potong Ikan masin dibersihkan dan digoreng
Cili Padi (kepedasan ikut suka)-ditumbuk
1/2 labu bwg besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halis -dikisar
sedikit belacan
1 asam keping
1 btg serai
beberapa hirisan nenas (as guna nenas dlm tin)
Santan

Cara2
Goreng Ikan Masin dan ketepikan,

Masukkan semua bahan didihkan dgn santan sebentar, masukkan ikan masin dan nenas.. letak garam jika perlu..as x letak sbb ikan dah cukup masin.

4 comments:

ain said...

akak pun suka ikan masin masak lemak cili pd. tp x reti le nak buat ikan masin tu. mak akak reti lah. selalunya akak ganti ngan ikan kering aje.tu pun dh menjilat jari dah.hehe

geraugebang said...

nampak sedap sangat ikan tu. ikan kurau yeer? nanti kita nak buat kerabu tomato tu. uhhh. sedapnya.

LEGACYHOUSE said...

Yummm....I am salivating!!

~*as*~ said...

as to ain
ermm..layan tul kan akak, tapi duk merantau ni mmng mcm ni la kak ain, kena bnyk wat homemade.. kalau idak, x merasa la..

as to geraugebang
kak gerau, tu ikan mullet, besau kak.. dimasin kan.. kerabu tu try la kak..mmng best arr!!

as to LegacyHouse
Akak, biase le..standard tekak kampung as nih!!