Sunday, November 22, 2009

Muffins

Assalamualaikum w.b.k



Salam dipetang ahad..  mcm2 muffin ada..cuma rupa paras kurang ensem la..maklumlah bukan pakar buat muffin.. sila tegur2 ya kalau muffin as kurang elok..x kicik ati pon tau..mana tau dari teguran2 yg membina, boleh as improve lagi skill buat muffin..org dah guna punya canggih manggih muffin cup, as guna ape yg ade je kat sini.. yg penting namanya muffin ..ekekeekkk nak cover sbb x cantik muffin cup tu..muahaha yg ini Coffee Muffin, rcp dari Kak Hanieliza best tapi ada ubah sket2 la.. ikut bahan yang ada dpn mata.. kak liza guna C.chip as guna Raisin jer, sbb bukak2 gobok hitu je yg ada.. sedap gak..layannn








MUFFIN KOPI COKLAT CIP

Bahan A

350 g tepung gandum
3 s/k baking powder
1/2 s/k garam
200 gm gula perang

Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady] - as guna 1sdb moccona coffee
1 s/k nescafe - as guna 1sdk moccona coffee

1 biji telur [dipukul sedikit]
1 s/k esen vanilla
coklat cip secukupnya
kertas muffin

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.


Kengkununya nak buat 2 versi la kan..yg ini versi bakar..tinggi membukit je tapi x pecah atehnya..  ok gak syedap la.. uiii.. pe keja makcik nih..sememey jer..






Ini versi kukus ..kemain tesenyum lebor.. moist sgt.. namanya pun apam kan kak liza.. memang la gebuss je..



 





APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT



Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak

Ini pulak hasil  Banana Choc Muffin rcp dari yani.. ada ubah2 sket ikut suke ati..janji anak2 suke.. thanks yani, akak C&P kat sini yer..




Muffin Coklate Pisang

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati


  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.


  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau


  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.


  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.


  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.


  8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.



5 comments:

geraugebang said...

kak gerau terhingin sangat nak buat muffin. Tadi dok singgah kat Bagus Bakery, dok tengok bahan-bahan nak buat kek n muffin. Nanti satu hari mesti buat punyeer laa. mesti.

indahhouse said...

Salam kak,
comei2 muffin kak ni. paling suka tengok apam pisang coklat tu. geram nak amik satu. hihi

ain said...

cantik2 apa muffin as!!! akak punya yg kureng cantik.hihi

E-na Zarina said...

Comel2nya muffin As tu...pandai buat ye.

indahhouse said...

Salam kak As,
suka tengok mffin banyak2 ni. hihi.
Selamat hari Raya AidilAdha, buat kak As sekeluarga.