Thursday, June 3, 2010

Kek Kastard Pandan @ My 14th wed Anniversary

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur alhamdulillah 1 June, genap lah 14 tahun as & suami melayari bahtera rumahtangga,semoga perkahwinan kami diberkati,dirahmati dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat...aminnn...terima kasih buat yg mendoakan dan memberikan ucapan di FB, email dan SMS.. okiess..kita balik kat tajuk asal sblm makcik membebel pnj.

Lama la sudah nak makan Pandan Layer Kek ni, tapi duk berkira2 mcmana nak buat sbb x de tepung Hoen Kwee. Dlm kepala ni rasa2 boleh ke guna tpg beras atau tpg  kastard..sib baik Ana @ waheedeana kata boleh guna tpg beras..mekacih ana.. lab2 uuu..Jd dihari eniberseri nan indah ini..cewahhh!! terhasil lah Kek walau x indah sgt ropenya.. Pestime buat ni yer.. kunun2 berangan nak wat perisa keladi tapi yilekkk la plk kat asian shop tu.. tanpa bnyk songeh guna je bahan yg ada..atas permintaan beberapa rakan meminta as kongsikan resipi, maka  as kongsikan resipinya disini (maaf ya, as adjust2 mengikut bahan dan logic akal hehe..kalau u all buat x jadi jgn bommm!!! as udah ler yer...resipi asal dari sweet4ever from myresipi.. sila baca arahan betul2 ya.. selamat mencubaaa!



Kek Kastard Pandan
1 biji kek span pandan 9"
* bahan (A)
* gula kastor -180gram
* air daun pandan - 500ML
* serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
* bahan (B)
* santan pekat - 400ML
* tepong hoen kwee hijau - 85gram (as guna 6 sdb tpg beras sbb x de tpg Hoen Kwee)
* pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
* secubit garam
* as tambah 1sdb mentega (utk bg kilat)
* UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara2nya :
  1.  kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan (sbb kek as tinggi, as potong kpd 3 bhg)
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7.  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..
Kek span ni as kukus.. sbb masa tu oven ku merajuk... haha kapoookkk!! padahal x rosak ropenya..salah setting..makcik x paham rupanya...jadinya x nak penin2 as wat kek span pandan kukus, masih rasa mcm span, asal x rasa mcm papan.. mueheheeehh.. disebabkan kek ni tinggi..as potong 3 bhg..

Pastu hias lah ikut sesuka hati.. teheheheee..adesss... comotnya keja makcik nih..


7 comments:

umi_e said...

Salam... Happy Anniversary....

Semoga berbahagia selamanya...

izahdaut said...

happy 14th aniversari..moga berbahagia sentiasa bersama keluarga..cantik je la kak kek pandan tu..banyak bhan nya tuhh

~*as*~ said...

wsalam kak e..

Amin..insyaAllah..mudah2an ya kak e..terima kasih bnyk2 kak e cayang..

~*as*~ said...

Terima kasih Izah..
Masih belajar2 Izah..bnyk yg perlu as perbaiki.. hehe..bnyk ya bahannya..

nurindah said...

Salam kak As,
Happy 14th anniversary, buat kak dan suami. Moga bahagia selalu dan kasih yang berpanjangan . :)

~*as*~ said...

Amin atas doa Nur itu..terima kasih ya.. :)

cikmanggis said...

selamat ulang tahun..wah cantiknya kek