Saturday, August 1, 2009

Pajeri Terung

Assalamualaikum w.b.k,

Selamat Pagi Sabtu.. x ke mana2 ke?? Kami x kemana la arini kot..sbb MyHby kena koje plk.. Maklumlah time2 ni permintaan daging tengah banyak kan.. so tengah kerja keras sket buat masa ni.. ni pebret MyHby ngan Nurin..kalau masak Pajeri terung ni..kemain lagi..makan x noleh2 dan makin betambah2 nasik.. Kebetulan jumpa plk kat Park N Save Hamilton aritu..ikutkan susah nak jumpa terung fresh.. kebetulan plk ada.. sambo je la.. 3 btg je dah NZD5... jd la..lama x makan kan?? Teringat kat kampung plk bila buat Nasi Ambang Pajeri Terung ni turut menjadi pelengkap.. ades!! Nasi Ambang?? Sedapnya!..


Pajeri terung
3 biji terung panjang sederhana besar - disisir kulitnya berselang seli dan digoreng dulu
1btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1sdb cili kering kisar
1/2 labu bwg besar -dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
3 sdb udang kering- di rendam dan dikisar
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's
1/2 cawan santan pekat + 1 cawan air
2 sudu besar kerisik
1 asam keping
3 sudu besar gula(ikut citarasa)
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis & bunga lawang
2. Setelah itu masukkan bahan yg dikisar, cili kering yg telah dikisar,kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Tambah sedikit air dan kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping,kerisik. Perasakan dengan garam dan gula..kacau rata.. akhir sekali masukkan terung yang telah di goreng tadi. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.

1 comment:

ain said...

akak suka gak pajeri terung ni. tp jarang le buat sbb hubby pulak kureng!!! anak2 lg la....