Friday, July 31, 2009

Kek Pisang English Style

Assalamualaikum w..b.k,
Kek Pisang ni cemil2an ptg td.. 1 dapo wangi je dek bau cinnamon tu.. cam biasa as ada adjust2 sket ikut sesuke ati.. utk 1 adunan as tambah 1/4 cawan fresh milk..dan kali ni as doublekan rcp dibawah..kalau 1 adunan cam x cukup je tuk kami ni.. alhamdulillah..sedap! gebus ada kelainan sket ..x tau nak ckp cam ner..tapi sedap la..ramai sebenarnya dah mencuba rcp princessharyati ni..as je tetinggal ketapi..thanks ya princess..minta halal C&P disini.. di sebabkan snow x turun kat Gunung TeAroha tahun ni.. so dia turun plk kat atas Pisang ku itew.. ekekekekkkkk... bagi yg berkenan boleh cuba dan moga kena ngan cite rasa.. rasanya kalau u all buat lagi cun lah.. as ni x seni mana gambo pun blur je.. maklumlah guna HP je..

Pisang yg dipotong, letak lebih pun x pe.. nyesal plk letak sket je kat ateh tu..Kek ni rasa dia manis2 manja je.. aisya siap sapu sket Jam Apricot masa nak makan.. he..he.. memang kena ngan namanya.. English Style abih..

Kek Pisang English Style

Bahan-bahan;
180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 besar gula perang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir
as tambah 1/4 cawan fresh milk
Cara-caranya;
Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat.Akhir sekali masukkan fresh milk dan gaul rata.. Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.

4 comments:

Chik Mi said...

nampak cedapya kekmu itew

ain said...

akak pun dh try kek ni. sng dan sedap kan!

blogresipi said...

Nampak sedap sungguh kek tue...

~NurKasih~ said...

As to Chik Mi,
Alhamdulillah sedap kak, meh minum ptg sesama Kak Mi..

As to ain
Betul3x (angguk pala).. mmng sdap kan kak??

As to blogresipi
Alhamdulillah sedap Ijan,, Ijan dah cuba lum? Kalau belum moga kena ngan citarasa ya..