Saturday, July 25, 2009

Aneka Kuih Lapis

Assalamualaikum w.b.k,
Aritu dok post gambar kuih lapis lupa plk nak letak rcpnya.. kan dah kena sound kat email.. ada2 le adik kite tu kan, x puas ati ngan kakaknya ini.. ok lah.. akak share la kat sini aneka kuih lapis yg akak dah cuba tapi kalau nak lagi mcm2 boleh gi kat MyR.. mcm2 ado.. cuma ada yg x berpeluang nak cuba sebab tepung2nya susah nak jumpa kat NZ nih.. anyway smua best2..

Kuih Lapis rcp dari tulip77 @ MyR
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk (as guna 1 tin santan pekat)
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc. (warna ikut suke)
4 cawan air
Cara-cara
Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :) as guna pisau plastic potong kek tu..
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

yang ni rcp dari kak fida @ MyR..Kuih Lapis Nyonya..tapi ni versi Nyonya as la ye..

Kuih Lapis Nyonya
300 g tepung beras (3 cwn rata)cap gajah (as x ada yg cap gajah- yg biasa je)
300 g tepung ubi/tapioca flour (3 cwn rata)
550-600 g gula pasir (2 cwn rata + 8 sb rata)
1100 ml santan cair
740 ml santan pekat
1 sk garam
3 helai daun pandan - disimpul
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut pilihan masing2
**(guna 2 biji kelapa parut untuk mendapatkan santan...tapi akak guna 300 ml santan kotak KARA = 100ml santan KARA+1000ml air untuk santan cair dan 200ml santan KARA+540ml air untuk santan pekat)
Cara-cara
Didihkan air di dlm kukusan dan panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
Di dlm sebuah mangkuk,campurkan tepung2 dan santan pekat,gaul dan ketepikan.
Di dlm periuk,campurkan santan cair,gula,garam dan daun pandan.Kacau rata dan masak hingga mendidih dan matikan api lalu tuangkan terus ke dlm mangkuk berisi campuran tepung.(Hati2 ketika melakukan tahap ini!)
Tapiskan pula campuran tadi ke dlm sebuah mangkuk yg lain.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Tuang selapis adunan dan kukus hingga 5 min atau masak dan kukus lapisan berwarna seterusnya hingga habis.Kukus lapisan terakhir selama 15-20 min supaya kuih masak keseluruhannya.(loyang tk perlu di keluarkan dr kukusan ketika melapis)
Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang sebelum boleh dipotong.
**dalam 1 adunan kuih lapis ni,akak sukat 1 1/2 cwn bagi setiap lapis dan mendapat 8 lapisan...Apabila kuih dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Ini pun sama rcp dari Kak Fida @ MyR.. Kuih Lapis SeriWarna.. mmng sedap ada kelainan dari segi rasanya..sbb ada serbuk koko tu..



Kuih Lapis Seriwarna
1,950 ml santan (dr 2 biji kelapa)
450 g gula pasir
3 helai daun pandan - disimpul
1 1/2 sk garam
225 g tepung gandum
225 g tepung beras
75 g tepung ubi
sedikit pewarna merah
sedikit choc. paste + sedikit pewarna choc.(akak guna serbuk koko dijadikan pes)
Cara-cara
Santan,gula,garam dan daun pandan dimasak hingga mendidih dan sejukkan.
Campurkan kesemua tepung ke dalam santan yg telah sejuk dan tapis.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian untuk menjadikan 7 lapis = merah,2 lapisan..choc.,3 lapisan..putih,2 lapisan..
Cara melapis = lapisan pertama,merah diikuti choc,putih,choc,putih,choc dan akhir sekali merah...dgn mengukus 5 min setiap lapisan dan utk lapisan terakhir 15-20 min.
***atau ikut selera masing2 utk mewarnakan beberapa lapisan kuih dgn warna pilihan...selamat mencube.. :)
Biarkan kuih sejuk di dalam loyang barulah boleh dipotong dan dihidangkan.

6 comments:

Sifu Mirza said...

salam As...

teringat pulak masa kecik-kecik dulu.. bila makan kuih lapis, bukak lapisan dia satu-satu...

:-)

dir&fara said...

wahhh.. bestnye tgk kuih lapis tu.. lame dir xmkn.. bulan depan jumpe la lagi kuih ni.. hehe.. bulan depan kan puase.. ingat lagi 1 st time tolong mak buat kuih lapis ni.. smpai kene marah2 sebab xsabar nak lapiskan lapisan berikutnye.. hehe.. pastu muke merah padan sebab asek kene wap kukus tu.. hehe

blogresipi said...

Mak aii manyaknye kueh lapis... rajin betol akak melapis ek... alau dekat2 bleh tapau dah nie :)

~NurKasih~ said...

w'salam sifu,
alahai teringat plk zaman kanank2 ya sifu.. a'ah la sifu anak2 as pun kalau makan cenggitu, dikopeknya satu..satu.. suke plk nengoknya.. selamat berhujung minggu bersama keluarga ya Sifu..salam wat smua..

~NurKasih~ said...

:: as to dirfara::
Adik akak sorang ni!! lamo x nampek bayang..Aik! iyo ko dir.. kat restorant x de jual kuih lapis ke utk bf..amboiiii!! omak suh melapis dia duk spa muke ya.. rajin la dir ni.. untung cinte hati fara tu.. camner business dir skrg? harap ok2 ya..

~NurKasih~ said...

:: as to blogresipi::

Ijan, buleh2 meh kita dok berjiran meh.. hby akak suke sgt kuih2 melayu ni.. lagipun, alhamdulillah x rpnya pun mudah.. Harap Ijan di Finland ok2 je ya.. :)