Thursday, July 2, 2009

Kuih Talam Ubi

Assalamualaikum w.bk,
Lama dah teringin nak makan Kuih ni.. kalau time2 pose rasanya makcik kat bazar ramadhan tu dah naik kenal muke as @ hubby.. asik2 muke kami je yg sapu kuih talam ubinya tu.. bila dah teringin ni kena la wat sendiri... my 1st attempt le ni.. x penah lak buat sblm ni.. tau nak membeli je.. smlm ke kedai Nonya Siam tu.. jumpa lak casava ni.. (ubi frozen) 1 pkt @ 1kg NZD 3.. adoaii.. sampaikan ubi pun diforzenkan.. nak wat camner kan..ni pun dah besar rahmat dpt gak makan ubi.. kalau x ngencess le.. wat mlm tadi..dpt bekalkan tuk Hubby, utk anak2 bf dan utk MokCik buat buke posa ptg nanti..kalau bekenan rcp spt dibawah ya.. terimakasih wat sofinar.. rcpnya dapat membantu kami yg dok teringin bebeno nak makan kuih ni.. cam biasa C&P dari MyR... Jemput makan semua...

Kuih Talam Ubi
Lapisan bawah
1 kilo ubi kayu -mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu
2 cawan air
1 cwn gula merah
1 cwn gula pasir
Bahagian atas
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tpg beras
4 1/2 cwn santan - 1 biji kelapa
1 sk garam
Cara-cara
-panaskan pengukus
air, gula merah dan gula dimasak hingga mendidih
gaul dengan ubi kayu hingga rata dan kukus lebih kurang 20 minit
-campur semua bahan bahgian atas, kacau dan tapiskan
kacau atas api sebentar lebih kurang 10 minit, jgn berhenti mengacau, pastikan api perlahan.
Bila bahagian bwh dah masak cakar dengan garpu dan tuang bahagian atas perlahan-lahan. kukus 20 minit lagi
tunggu sejuk dulu untuk potong supaya potongannya menawan.....

6 comments:

geraugebang said...

Gerau kalau masuk blog ni mesti tension. Sebab? Sebab habis diet gerau hanyut. Kuihnya semua menyelerakan. Esok nak pergi cari kat pasar malam.

~NurKasih~ said...

Gerau...
lupakan dietmu itewww... bestnya pasar malam.. mcm2 ade..

chimera said...

Errr.. kat sana pun ada jual ubi kayu ke???...

~NurKasih~ said...

salam Chime,

alhamdulillah.. ada jual Chime.. tapi frozen ler.. tu pun dah besar rahmat.. syukur dapat gak makan ubi.. ;)

Anonymous said...

Wow! Kuih talam ubi As nampak enak sekali. I pun nak cuba buat. Can advise 1 cawantu 200ml atau 250ml?

Lissa

blogresipi said...

Kuih faveret kite neh.. memang sedap.