Monday, July 27, 2009

PopCorn Buat Sendiri

Assalamualaikum w.b.k
Alahai.. x susah mana pun membuatnya.. kalau kat Msia tu kami tau nak membelinya aje..x de kisah nak amik tau camner nak membuatnya.. nak2 popcorn McD tu.. sedap tul.. Selalu buat asyik fail je nak posing..kali ni.. nyempatkan la posing kejap.. bukan mahal sgt bahan2nya.. cuma modalkan Popping Corn 300gm dengan regenya NZDo.90 sen.. butter, minyak sket & garam..yg tang karamel tu..suke ati nak letak ke idak.. jom layan Pop Corn ni..kalau bekenan le cuba..rcp dari aludra ..mekasih wat aludra sudi share resipinya. Anak ke2 as nurin yg umo 10thn tu pun dah mahir wat sendiri.. nilah hasil keja dia..


Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
as tambah sket madu
Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat


1 comment:

kakchik said...

assalamualaikum as.
waduh...... sedapnya popcorn tu terutama yg atas tu yg warna-warni. budak2 tentu tak puas makan.
nak buat memang senang as tapi bila benda sng nak beli kat mana-mana kita jadi malas la pulak nak buat sendiri, hehe.
kalau dok jauh dari sumber agaknya kakchik ni baru nak buat sendiri juga.