Sunday, July 19, 2009

Lontong Goreng

Assalamualaikum w.b.k,
Lama x update blog, alasan yg sama.. kebizian.. he..he.. Ni plk menu last week sebenonya. Lontong Goreng ni biasanya kalau time2 raya tu, ada ketupat ke, Nasi Impit ke yg cam termenung je.. bila masuk hari kedua tu, menu ni la yg as buat.. kebetulan bahan2 lebih kurang sama ngan kak fida.. Nasi Impit ni mmng sengaja as buat lebih, berangan2 nak buat Lontong goreng ni plk.. Alhamdulillah semua suka, hingga keketulan yg terakhir.. he..he..

Lontong Goreng
Bahan2 utk 1 family
Semangkuk lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah dipotong dadu (kasar)
1 senduk cili kisar(pedas ikut suka)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1inch halia dikisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit (kali ni as guna ayam goreng yg disiat2)
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging cincang dan gaul rata, masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap, masukkan garam secukup rasa dan gaul lagi.
Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
Ketika menghidang,tabur ayam goreng yg disiat2 td, daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.

2 comments:

blogresipi said...

Lepas ni kalau ade belen nasi himpit tak ler masuk tong sampah dah.. tak sangka plak boleh di goreng2 yer... :)

geraugebang said...

Selamat hari raya. Gerau suka sangat masakan yang ada nasi himpit menghimpit ni. Hari-hari hari raya pun tak pe.